Tuesday, June 26, 2012

Khasiat air kelapa muda



Anda ingat tak, bila sesiapa kena demam campak je, orang2 tua akan sarankan minum air kelapa muda.
Kata mereka, untuk buang panas dalam.
Logik ke?
Apa bezanya kalau minum air biasa?
Tak boleh hilang panas ke?

Baru2 ni Yong kena ulcer tekak.
Bukan ulcer pipi atau gusi, tekak tu ye. Nak telan air liur bukan main terseksa.
Macam ada tulang terlekat kat anak tekak.

Kebetulan masa tu Yong baru mula nak minum air kelapa muda untuk mencuci buah pinggang.
Maklumlah, hari2 kena makan antibiotik, kalau buah pinggang rosak, apa pun tak boleh.
So, air kelapa ni berfungsi mencuci darah dan buah pinggang dari pengumpulan toksik.

Baru minum dua hari, ulcer kat tekak hilang terus.
Wouhhh...pantes!
Terus Yong google info khasiat air kelapa muda dalam internet.

To my suprise, banyak betul khasiatnya.
Patutlah orang tua asyik suruh minum air kelapa muda je.
Masa mengandung pun kalau boleh minum air kelapa. Katanya untuk jadikan kulit baby cantik, tiada alahan kulit, susah dapat ruam. Yong dah try, alhamdulillah memang betul.
Kulit Danish masa kecik takde ruam lampin ke, ruam susu ke. Memang cantik kulitnya.

Berbalik kepada khasiat air kelapa muda, disini Yong senaraikan sedikit sebanyak hasil cedukan dari beberapa laman web.

Air kelapa muda mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh manusia secara amnya.
Kandungannya yang rendah lemak, gula dan juga kalori, air kelapa muda dinobatkan sebagai minuman semulajadi yang terbaik di muka bumi ini. Bukan air epal, atau tembikai, tetapi air kelapa muda.

Kenapa?
Bayangkanlah, air buah mana yang boleh disuntik terus ke dalam salur darah untuk mengembalikan tenaga dan kesihatan askar2 yang cedera ketika peperangan dan juga telah menyelamatkan ribuan manusia di negara2 dunia ketiga? Hanya air kelapa muda!
Kandungan air kelapa muda adalah hampir sama dengan plasma darah manusia dan ia telah digunakan bagi menggantikan larutan garam perubatan ketika zaman peperangan dunia ke-2.

Air kelapa muda adalah larutan anti bakteria, anti virus dan bersifat bersih dari kuman.

Dibawah ini disenaraikan beberapa khasiat air kelapa muda:

1. Memulihkan katarak tanpa pembedahan (sila rujuk pakar)

Artikel mengenai air kelapa muda memulihkan katarak

2. Menghilangkan jerawat

Internally Coconut Water Benefits the skin with its 3 skin loving facets: 
Cytokinins, Antixoidants and Rehydration.

Cytokinin’s help enforce Anti-Ageing skin with additional healing abilities to Get Rid Of Scars. Antioxidants provide a fighting-force eliminating free-radicals that can be a popular perpetrator in receiving Acne.  Drinking Coconut Water will help keep you rehydrated – essential for flushing the body of harmful toxins and helping to add a glow to your complexion.
The most important influence is the high-levels of Lauric Acid that Coconut Water contains which is a prominent factor in it’s Acne fighting curative properties. These elements combined place Coconut Water high up on the list of Acne fighting remedies and are a great Benefit Of Coconut Water indeed.

3. Membawa nutrien dan oksigen ke seluruh tubuh.

4. Meningkatkan metabolisma (yes, itu yg diperlukan untuk membakar lemak dengan cepat!)

5. Meningkatkan imunisasi tubuh (kan dah kata ulser Yong sembuh in two days, and time demam campak elok minum air ni)

6. Membuang toksik dalam darah dan membantu membunuh virus seperti HIV, Herpes, Flu dsb.
Bahan yg terdapat di dalam air kelapa muda iaitu monolaurin, yang mampu membunuh lipid-coated virus dan juga sesetengah bakteria.

7. Mengawal penyakit kencing manis.

8. Menstabilkan PH level dalam darah. Sekiranya tahap keasidan dalam darah tinggi, buah pinggang akan rosak. Badan akan menjadi lemah.

9. Merawat buang pinggang dan penyakit batu karang.

10. Mengembalikan hidrasi ketika serangan cirit birit (lebih baik dari larutan garam ORS)

11. Pengambilan secara kerap dapat memulihkan penyakit hati (seperti hepatitis), kerana kandungan asid lauric.

12. Membuang racun dalam tubuh (telah dipraktikkan pada zaman dahulu ketika ubat2 hospital belum lagi wujud. Pengambilan air kelapa muda adalah selama 40 hari berturut2)

13. Membantu melangsingkan tubuh.

14. Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi kerana kandungan potasium yang tinggi (lebih tinggi dari sebiji pisang). 

15. Mematikan cacing di dalam usus.

16. Memberhentikan rasa ingin muntah/loya ketika demam.

17. Mengurangkan selulit, memulihkan sunburn, jerawat dan juga ruam ketika demam campak, dengan menyapu air kelapa muda ke bahagian kulit yang bermasalah itu.

Sudah lebih 2 minggu Yong mengamalkan meminum air kelapa muda setiap hari.
Sehari RM3. Beli kat gerai depan rumah je. Hari2 brother tu meniaga (chup..Ahad tutup rasanya).
Selain dari menjaga kesihatan buah pinggang, Yong juga dapat plus package..anti ageing yaww!!
Makin lambat la aku ni menua ye.

Lebih baiklah kita minum air kelapa muda yang natural, dari sumber alam yang seri murni ni.
Daripada menghabiskan beratus ringgit untuk produk MLM, air kelapa muda pemberian alam ni tanpa pengawet, tanpa pewarna, perisa atau campuran gula yang berkati2 lebih kuat khasiatnya.


Ibu beranak 3 yang macam budak hujung tahun ni nak ambil SPM.
Hehe..

Note: Kalau anda tahu khasiat2 air buah kelapa selain dari yang ditulis di atas, bolehlah berkongsi dengan Yong. 

4 comments:

  1. thanks yong...sy tgh cr how to reduce ulcer first time baru jadi lepas dmam panas... :) akan try esoknyer....

    ReplyDelete
  2. thanks yong...sy tgh cr how to reduce ulcer first time baru jadi lepas dmam panas... :) akan try esoknyer....

    ReplyDelete
  3. Woww..... selama ni sy tak penah tahu pun bnyak rupanya khasiat kelapa muda ni ye, padahal depan umah mak sy ada tanam pokok kelapa, selalu jugak berbuah, tp sy tak suka minum, so skrang bila sy dh tahu khasiat kelapa muda ni, mmg slalu lah kena minum lepas ni utk kesihatan badan dn utk kulit yg awet muda selalu.... hehehee... salam perkenalan yong :D

    ReplyDelete
  4. Woww mcm2 khasiat kelapa muda ni ye, so lepas ni bole la i minum slalu... hehee.. thanx for sharing yong,, salam perkenalan dr sy :)

    ReplyDelete