Tuesday, December 20, 2011

Restoran Senandung Malam, Bagan Lalang



Kawasan Sungai Pelek atau Bagan Lalang terkenal kerana restoran makanan laut.
Setiap hari restoran2 disini diserbu pengunjung yang kebanyakannya datang dari KL untuk merasa kesegaran masakan laut.
Bukan dekat perjalanan dari KL ke sini weh.
Kalau dari Bangi pun dah memakan masa hampir satu jam setengah, pulaknya yang datang dari KL, makin terasa la jauhnya perjalanan ni. Perjalanan ke sini memang agak memenatkan kerana jalan ke persisiran pantai Bagan Lalang tu menempuh pekan2 kecil dan jalan kampung yang agak sempit.

Yong pernah menjamu selera di Restoran HM Sri Bagan, restoran yang paling hujung sebelah kanan jalan masuk ke pantai. Bagi Yong, harga di situ agak mahal berbanding dengan di Muara Sg Duyung, Melaka dan hidangannya pun tidaklah sesedap mana. Average.

Sejak daripada itu, Yong tak terfikir pun nak datang lagi ke Bagan Lalang semata2 untuk makan makanan laut kerana tidak berbaloi masa dan harga yang perlu dibayar.
Sanggup Yong mengurangkan 1/2 jam perjalanan untuk ke PD yang pada Yong, hidangannya lebih segar dan sedap, atau lebih berbaloi-baloi jika Yong menambahkan 1/2 jam lagi perjalanan ke Muara Sungai Duyung Melaka untuk seafood yang pastinya lebih sedap dan jauh lebih murah.

Namun, baru2 ni Yong mendapat rezeki untuk menginap di Golden Palm Tree Resort, Sepang. Sudah pasti tawaran ini tidak mampu Yong tolak.


Dah la tu, dapat stay di Canary Palm Villa for FREE!!

Ok..part staying at the villa..tu Yong tulis dalam entri lain.
First thing first.
Let's talk about seafood.

Malam berlabuh, dan Yong ajak anak beranak Yong makan seafood di Restoran Senandung Malam.
Lokasinya mudah. Masuk sahaja kawasan pantai Bagan Lalang, toleh sebelah kiri, ada padang. Sebelah padang akan nampak restoran. Itulah dia Restoran Senandung Malam.

Kenapa Yong pilih nak makan di sini?
Sebab salah seorang dari teman Yong di fb kata, di sini sedap masakannya.
So, tak salah mencuba untuk mensahihkan kebenaran..haha.

Parking memang mudah, sebab padang tu luas,
berbanding dengan restoran HM di hujung jalan yang ruang meletak kenderaan agak terhad.

Masa Yong tiba, memang pelanggan dah penuh.
Meja pun dipenuhi dengan berpinggan2 hidangan yang dipesan pelanggan.
Wah..orang kita memang suka bermewah-mewahan dengan makanan.

Bila Yop ke meja pesanan, Yong tinggal di meja sabar menanti.
Yong perasan meja Yong agak basah.
Ambil tisu dan mula mengelap.

EWWW!!!
Ya ampun aihhhh....kotornya meja!!
Sekali lap...hitam tisu.
Bertisu2 Yong guna untuk lap meja.
Masih kotor.
Menyesal tak bawa tisu basah Dettol. Rasa macam segala kuman ada di atas meja tu.



Yong pesan dengan anak2, "Jangan pegang meja! Kotor!"
Setiap kali Yong nampak diorang pegang, Yong suruh pergi basuh tangan dengan sabun cepat2.
Geli aihh..

Tidak lama selepas kerja mengelap meja selesai, minuman pun sampai.
Untuk minuman, Yop order air kelapa, teh o ais dan ais kosong.


Ini bukan air kelapa muda. Air kelapa dewasa dah..sikit lagi nak tua.
Isi kelapa dah keras. Rasa air pun dah tak manis. Dah mula payau semacam.

Few minutes later, makanan pula sampai.
Actually tak lama pun masa menunggu. Less than 30 minutes.

Danish memilih untuk makan lala, sekali lagi.
Kali ni cara masak juga sama, Lala Masam Manis.


Despite meja kotor yang hampir menutup selera makan Yong,
Lala Masam Manis ni adalah yang paling sedap yang pernah Yong makan.
Inilah juga kali pertama Yong nampak telur digunakan sebagai bahan dalam masakan masam manis.
Memang betul2 sedap!


Sotong dan udang goreng tepung ni juga sedap.
Lightly dipped into adunan tepung perasa KFC, dan digoreng secukup masak,
udang dan sotong ni masih lembut dikunyah.
Memang sedap meratah.


Finally, ketam masak sup. Juga secukup rasa cuma agak pedas untuk anak2 Yong.
Ketam yang fresh ni membuatkan kuah sup itu terasa manisnya.
Sedap! Sedap! Sedap!

Yong tak pasti sedap tu datang dari mana (tak nak fikir rapu rapek sangat),
cuma Yong puas hati bila semua makanan laut yang digunakan adalah betul2 segar.
Siput lala tu pun masih hidup terjulur2 lidahnya masa Yop memilih.
Ketam pun terasa manisnya.

Yong cuba mengagak berapa agaknya nilai yang perlu dibayar.
Pada hemat Yong..mungkin dalam RM35++ gitu je sebab apa yang ada dalam gambar,
itulah yang kami makan.
Seekor ketam bersaiz tapak tangan Yong yang kiut ni,
sotong dan udang bersaiz sederhana dan lala.
Yong tak ambil seekor ikan mahupun sayur. Itu sahaja.

Bila Yop nak bayar, cara cashier tu kira macam 'mamak' style.
Cakap bahasa yang tidak difahami sambil membaca tulisan conteng2 cacing di kertas,
Dushhh!! Ok bang, semua RM56 sahaja.
Huh?

Bagi Yong, untuk portion yang sikit tu je...apa la mahal sangat sampai RM56??
Kalau ikutkan kiraan mereka, mungkin;

2 Air Kelapa: RM 8
Nasi 4 pinggan: RM 6
Ketam: RM 12
Lala: RM 10
Sotong: RM 10
Udang: RM 10
Teh O Ais: 2

Mahal nak mampus aihh..
Baik Yong ke PD kalau setakat nak makan seafood.
Dah la masuk ke Bagan Lalang ni jalannya sangat la memboringkan,
bila dah kenyang, nak keluar balik lalu jalan kampung,
jalan pekan yang sesak dan kecil...sangat la tak berbaloi.

Lagipun, kalau dah meja pelanggan pun kotor ya hamat, cemana la kat dapur tu.
Patutlah anak aku cirit birit..chis!
.
.


Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada preference penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan. 

14 comments:

  1. sbenarnya ko tuk blagak....ko tu layak mkn hotel je tpt bersih ....org bandar masuk kg mcm ko le.....

    ReplyDelete
  2. kebersihan tu tuntutan AGAMA dan juga KESIHATAN, bukan tuntutan orang berharta. Makan di tempat yang tidak bersih/tercemar mendedahkan kita pada risiko keracunan makanan. Sebab tu saya tekankan tentang kebersihan premis makanan.

    Kalau tidak suka penjelasan saya, anda boleh rujuk di sini.

    http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/90/makanan-pembentuk-peribadi

    ReplyDelete
  3. bersih tu mmg tuntutan agama...tapi kalau setiap kali pegang meja suruh basuh tangan apa ke hal? mcm phobia tak tentu pasal...dah perangai mcm org putih/cina malaysia... kecoh pasal bersih sampai sudu di belek2 byk kali tapi belasah babi takpe pulak

    ReplyDelete
  4. yg saya suruh pergi basuh tangan itu, anak2 saya. Saya sebagai ibu ada hak menjaga kesihatan anak saya. Awak ni kenapa yg panas tak tentu hala?
    Kalau awak tuan kedai, bukan susah pun. Tak payah bising2, beli je alas meja. Yg plastik tu beli serelung.

    Ntah hapa2 meroyan kat blog orang.

    ReplyDelete
  5. Kepada pemilik kedai, beginilah saya nasihatkan. Secara professionalnya, jika restoran anda menerima kritikan dari pelanggan, seharusnya anda memperbaiki kekurangan itu sekaligus ia dapat membantu menaikkan nama restoran anda.

    Kebanyakkan restoran/hotel/cafe yang saya pergi dan beri ulasan, menerima komen tersebut dgn terbuka dan setuju memperbaiki mutu perkhidmatan mereka demi kepuasan pelanggan.

    Ada banyak restoran yang meletakkan placard "kalau sedap beritahu kawan, kalau tidak beritahu kami". Ini bermakna pemilik restoran prihatin dgn pandangan pelanggan mengenai perniagaan mereka.

    Namun, sekiranya pemilik restoran mengambil sikap menghambur pelanggannya kerana komen yang diberikan...ini akan mempamerkan reputasi buruk yg tidak mesra pelanggan.

    Saya tidak memberi ulasan berat sebelah. Dalam ulasan restoran ini telah saya nyatakan yang makanan yang dimasak semuanya sedap, cuma kebersihan meja tidak dititik beratkan.

    Maka, ambillah point itu dan perbaikinya.

    ReplyDelete
  6. bila k.yong pegi? Sye pegi berbuka puasa kt sne tahun lps ok je.. Mgkn xde luck k.yong kot? Ni pn klo xde aral melintang patah teman nk repeat blk. K.yong patut cube kuah asam dia, pergh...tp 2 la...ckp k.yong pn betui gak. Customer is bos maa.. Ni teman nk nanyer.. Yg kt melaka 2 btl ke sdp? Apa menu yg plg sdp? Teman pn dh terliyor ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu memang sedap. Mcm yang Yong tulis kat atas tu. Semua cukup rasa. Even Lala Masam Manis tu paling sedap yg Yong pernah makan. Cuma kebersihan meja tu je yang Yong bangkitkan. Kalau dialas guna plastik atau kain..dah memang ok sangat tu.

      Melaka tu, kat Muara Sungai Duyung. Tak pernah ingat macam mana jalan nak ke sana walaupun selalu pergi. Ipar yang drivekan. Sedap dan harganya murah sangat. Menu yg paling sedap, entahlah. Sebab setiap kali pergi, tak pernah order menu yang sama..hehe.

      Delete
  7. salam.. kalau rm35.. macam mana agaknya pecahan kiraan anda yer..? maaf saja nak tahu..

    dan kalau sudi share kat mana seafud yg sedap TAPI MURAH bajet dalam rm 35.00 spt mana yg awak inginkan tu..?

    wassalam..

    ReplyDelete
  8. Ini bukan kali pertama saya makan di restoran makanan laut.
    Langkawi, Port Dickson, Cherating, Kemaman, Kuantan, Penang, Kuala Semeling, Muara Sg Duyung, Bagan Lalang (pelbagai restoran), KL dan beberapa lagi tempat yang saya tidak sebutkan disini.

    Daripada pengalaman saya sendiri, tempat paling murah untuk menikmati makanan laut adalah di Langkawi. Restoran itu adalah di kawasan muara sungai, sedikit terpencil tapi penuh dengan pelanggan. Maaf saya lupa nama restoran tersebut.

    Keduanya, di Restoran Anjung Muara, Muara Sg Duyung. Untuk hidangan 8 orang, saya hanya membayar RM125. Dari situ anda boleh melakukan pecahan berapa bajet untuk seorang.

    Sekiranya pemilik restoran ini tidak bersetuju dengan ulasan saya mengenai tahap kebersihan premis beliau, mungkin cara yang paling formal untuk menyangkal dakwaan saya ialah dengan memanggil pegawai kesihatan untuk menilai sendiri seterusnya memberi rating tahap kebersihan restoran beliau.

    Saya tidak melakukan ulasan berat sebelah kerana saya tidak punya mana2 kepentingan dalam perniagaan seafood ini. Ulasan saya adalah berdasarkan kepada pengalaman saya.

    ReplyDelete
  9. macam ni ek owner rest. Senandung malam bagan lalang
    layan customer ??? Bukan nak minta maaf dan elokkan keadaan,boleh lak bash customer????? ...jangan harap la aku nak makan kat sana, dan aku akan inform family n friends aku gak macam ni la attitude dorang

    ReplyDelete
  10. kotor kotor basuh tangan dengan sabun...... terlebih poyo la tuan punya blog ni, hampeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam mementingkan kebersihan. Adakah Islam itu agama yang poyo?
      Pegang babi kena samak, pegang bukan mahram batal air sembahyang, pegang meja kotor sabunlah tangan. Kalau di hospital, sebelum dan selepas melawat pesakit kena cuci tangan dengan alkohol.

      So...saya poyo atau kamu pengotor?

      Delete
  11. Slm..bahasa tu agak kasar la cik kak..tu buat org menyampah .cuba ckp tu beralas sket..sedap org baca br best..

    ReplyDelete
  12. 2 kali penah makan kat sana
    pertama sbb org kata sedap tp bagi saya biasa je
    kali ke2..sbb tpt lain penuh,so pegi situ..pun sama
    cashier kira stail mamak..aduhai
    dan yapp..setuju,mmg meja kami duduk pun kotor dan basah

    ReplyDelete