Monday, December 19, 2011

Perantau Hill, Sungai Merab, Bangi


Restoran ni macam menarik kalau dilihat dari tepi jalan.
Tiap2 kali Yong lalu area Sg. Merab menghala ke Putrajaya,
Yong mesti toleh pandang restoran ni.
Teringin nak singgah makan. 




Malam tu Yong dah pasang niat nak pekena seafood.
Makanan yang menjadi pilihan ialah Siakap Dua Jiwa, Kerabu Mangga, Lala Masam Manis, Udang Galah Goreng Kunyit, Sup Cendawan dan ABC.

Sayang sekali, seafood yang digunakan tak segar.
Siakap Dua Jiwa (kuah pedas dan masam manis dihidangkan sekali) gagal membeli walau satu pun jiwa salah sorang dari ahli keluarga Yong. Ikannya tidak segar dan tawar.
I need sweet juicy fish meat..bukannya digoreng sampai isi kering macam makan kertas surat khabar.


Lala Masam Manis ni agak sedap berbanding dengan hidangan yang lain.
Sedap pada kuahnya, bukan pada lalanya.
Isi lala besar kuaci, kecil benau. Mana la nak puas makan...
Dah la tu..tak segar juga.
Patah selera...patah!


Udang Galah Goreng Kunyit ni pun menggunakan udang galah yang tidak segar.
Juga digoreng sampai kering, dah macam makan getah buat main lastik.
Liat dan tawar.
Seekor udang harganya RM2. Saiznya 3 ruas jari.
Tak berbaloi noks...


Kerabu mangga ni pun biasa2 saja.
Lebih rasa mangga dari rasa kerabu.
Pedas tidak, masin sos ikan pun takde. 


Hanya satu saja makanan yang mencuri hati Yong malam tu.
Ye...malam2 buta makan ABC.
Tapi yang ni berbaloi.
Kombinasi gula hitam yang pekat, gula merah, susu sejat, kacang tumbuk dan bahan2 lain dalam semangkuk ABC ni, menjadikan hidangan pemecah dahaga ni sedap dimakan siang ataupun malam.

Yang paling rasa tak berbaloi ialah part nak membayar.
Setelah makan makanan yang tak segar dan tak sedap (kecuali ABC), 
harga yang perlu dibayar ialah RM78 kau!

Yong mungkin datang lagi ke sini..tapi hanya untuk ABC.
Kalau nak makan..pergi je lah restoran lain yang bersepah kat Sg. Merab tu.
.
.



Disclaimer: 

1) Ulasan yang ditulis di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, pendapat peribadi penulis dan mungkin juga bergantung kepada selera penulis sendiri.

2) Rasa itu adalah subjektif. Penulis tidak dan tak akan bertanggungjawab jika pengalaman anda berbeza atau tidak seperti yang diharapkan.

3) Pendapat dan komen adalah dialu-alukan. 

4) Kepada pemilik restoran/gerai/kiosk, sekiranya ulasan yang diberikan adalah negatif, sila ambil perkara tersebut sebagai satu ulasan yang prihatin dari pihak penulis. Penulis mengulas dari sudut pandangan sebagai seorang pelanggan.

5) Penulis tidak menerima sebarang bayaran samada dalam bentuk wang atau bukan wang bagi menulis ulasan ini. 

3 comments:

  1. as-salam, minta izin copy 1 kpg gambar rest.perantau hill, minta izin ya..tksh byk

    ReplyDelete
  2. hmm pedas nye comment, takpa, hak pelanggan :) harap ayah dengan abang dapat tingkatkan lagi utk elak mendapat comment negatif, doakan ye

    ReplyDelete