Thursday, March 21, 2013

Rumah Amal Buah Hatiku: The truth finally revealed.

Dalam dunia ni ada macam-macam cara manusia nak menipu untuk mendapatkan wang.
Tak perlu disebut satu persatu. Nanti habis satu entri untuk itu sahaja.
Namun, tidak aku sangka sama sekali, ada juga organisasi/individu yang sanggup mempergunakan
anak2 sendiri untuk mendapatkan quick cash, easy life.

Rumah Amal Buah Hatiku.

Sejak aku share gambar dan kisah kedhaifan mereka di laman facebook,
beratus/beribu orang2 yang kasihkan anak2, suka beramal jariah, berebut-rebut menghulurkan bantuan.
Seolah-olah inilah peluang yang dinanti-nantikan selama ini untuk menolong mereka yang kurang bernasib baik, tambahan lagi bila anak2 ini diperkenalkan sebagai anak-anak yatim/asnaf/miskin.

Siapa tak lembut hati tengok wajah2 suci mereka. Mereka anak2 kecil. Seperti anak2 kita juga.
Wajah anak kecil mudah menyentuh hati kita. Apatah lagi jika matanya memandang tepat ke wajah kita,
walaupun setakat dalam gambar.


Lebih sayu hati bila status anak ini dikatakan anak yatim. Terbit rasa sayang dan kasihan.
Seusia muda begini, secomel begini, apalah malang nasibnya yang terpaksa berjauhan dengan keluarga
kerana kematian ibu/bapa.


Wajah comel ini, walaupun penuh ruam di muka akibat penyakit eczema,
tetapi renungan matanya yang terus ke hati kita membuatkan kita meronta2 untuk mendakap anak ini, memberikan bantuan seberapa segera supaya penderitaannya segera berakhir.
Supaya wajah comel ini akan jadi licin dan mulus seperti anak2 lain.


Kerana wajah2 beginilah, sumbangan datang tidak putus2 semenjak kisah mereka dikongsi di laman facebook. Terlalu banyak sumbangan yang diterima, malah ada yang datang sejauh Johor untuk melihat dan memeluk sendiri anak2 yang dikatakan yatim/miskin/asnaf ini. Ramainya yang berhati mulia.
Dan mereka yang berhati mulia ini tidak sedar bahawa keikhlasan mereka sedang dipermainkan oleh pengurus dan pengasuh di sini.

Ketika mula2 aku berusaha mendapatkan perhatian pelbagai pihak untuk membantu RABH sebaik mungkin, ada beberapa pihak seperti cuba menutup periuk nasi mereka ini. Malah, Mazidul yang pada mulanya menulis entri yang agak positif impaknya, ( JANGAN BIARKAN HATI MEREKA TERCALAR ), kemudiannya menulis tentang keraguan beliau tentang status rumah amal ini (PUAN, BERITAHU FAKTA BERHUBUNG STATUS DAN OPERASI RUMAH AMAL)
Aku jadi marah. Sudahlah aku bertelingkah dengan AJK kawasan melalui facebook dan telefon, Mazidul pula menulis yang bukan2. Dan aku nampak beberapa komen negatif ditulis di beberapa post mengenai RABH.

Apa ni? Kenapa nak dengki dengan rezeki anak2 kecil yang kehilangan ahli keluarga mereka?
Yang memang cukup penat hidup dalam kemiskinan. Kenapa hati sebusuk itu?
Jika tak mahu bersedekah, tolong jangan halang orang lain dari melakukan amal kebajikan.
Sedekah yg diberi bukan dari poket kamu, ini poket aku.

Kemudian aku menghantar email kepada Mazidul, bertanyakan kenapa beliau menulis sebegitu di blog nya.
Akhirnya kami dapat berbual. Aku cuba mempertahankan maruah RABH dengan segala info yang aku tahu mengenai RABH. Apa yang dikongsi oleh Pn Asiah, pengasuh2 dan Puan Siti (pengurus RAPM), aku kongsi juga pada Mazidul.
Aku cuba sehabis mungkin supaya Mazidul berubah fikiran.

Tapi memandangkan beliau dari jurusan kewartawanan, dan telah berjaya membongkarkan beberapa sindiket meminta sedekah dengan mempergunakan anak2, aku mohon supaya Mazidul tampil dengan bukti yang boleh mengaitkan RABH dengan Arqam. Aku juga setuju untuk bekerjasama bagi mendapatkan kebenaran di sebalik pengurusan RABH.

Maka, aku ajukan pertanyaan kepada Puan Asiah, Angah (pengasuh) dan Puan Siti samada mereka2 ini punya kaitan dengan Arqam. Aku bertanya pada Puan Asiah samada suaminya iaitu Ustaz Ridwan, pernahkah dia berguru dengan Abuya (Ashaari Muhammad) atau ada sebarang kaitan dengannya.
Jawabnya "Mana ada, kan Abuya dah mati." Jadi, saya beralih kepada Angah dan Puan Siti.
Kedua2 mereka juga menyangkal dakwaan itu.
Baiklah. Aku percaya bulat kerana ketika itu masih belum ada bukti yang boleh mengaitkan RABH dengan Arqam/Rufaqa/GISB.

Soalan aku pada Puan Siti "Kenapa semua nama budak2 lelaki di RAPM dan RABH bermula dengan Muhammad? Tak kan kebetulan anak2 yatim/miskin seluruh tempat, nama mereka bermula dengan Muhammad? Adakah nama ni diberi sebab mereka tinggal di sini?"

Jawab Puan Siti, :"La, nak buat macam mana. Dah mak ayah bagi nama macam tu."
Angah pernah menjawab soalan ini dengan berkata "Dalam surat beranak pun macam tu."

Oleh kerana aku telah mengajukan idea untuk membuat program Sponsor A Child, aku memerlukan dokumen anak2 ini untuk disalin, dan aku perlukan juga dokumen pengesahan seperti sijil kematian, sijil cerai, surat pengesahan miskin/asnaf bagi memudahkan urusan program tersebut. Pelbagai alasan diberi.
Tapi kebanyakan masa, mereka mengelak diri dari menjawab pertanyaan/permintaan aku.

Ok, walaupun timbul keraguan, tapi tak terdetik pun di hati aku mereka ini ada kaitan dengan Arqam.
Bagi aku, Arqam dah lama berkubur. Dulu ada juga tahu sedikit pasal kemunculan mereka dengan menggunakan nama Rufaqa, tapi aku tak ambil peduli. Aku juga tak peduli tentang Ayah Pin, atau Al Maunah atau apa juga ajaran sesat larat yang ada di Malaysia ni. Sebab bagi aku, selagi mereka tidak mengganggu keharmonian hidup aku, apa yg mereka buat bukan masalah aku.

Tidak lama, keesokkan harinya, Mazidul tampil dengan bukti bergambar dari laman facebook Ustaz Ridwan (suami Puan Asiah), yang jelas menunjukkan ketaksuban mereka terhadap Abuya.
'Semuanya berkat ABUYA ALFATA ATTAMIMI'

Link blog Mazidul : MASYARAKAT BERHAK TAHU FAKTA HUBUNGAN RUMAH AMAL DAN ABUYA AL-ARQAM (UPDATED)


Yang dibulatkan ialah Puan Asiah, pengurus RABH. 
Aku pernah ternampak wanita bertudung hitam itu di Rumah Amal Peribadi Mulia (RAPM) Kajang. 
Ini suami mereka, Ridwan Alisabi adalah penaung/founder RAPM.


Dari laman facebook Ridwan Alisabi
anda sendiri boleh lihat komen2 menerusi gambar2 yang ada di laman tersebut. 
Contohnya seperti di bawah ini.


Tahun 2011 sahaja sudah ada 3 isteri dan 14 anak.
Tahun 2013?


Dan cuba lihat ini,
Ridwan Alisabi mengatakan yang beliau diijazahkan Zikir Agung.
Ijazah maknanya sudah habis menuntut bukan?
Menuntut ilmu dari Abuya.
Jadi, kenapa Puan Asiah menipu aku?


Apakah Zikir Agung? 
Inilah muka depan buku Zikir Agung.


Dan ini adalah antara halaman dari buku Zikir Agung


Banyak lagi kepesongan ajaran Arqam 
yang mula dikongsi oleh bekas2 ahli jemaah di laman facebook dan blog.


Jadi, selama ini sumbangan yang diberikan bukanlah sampai kepada anak2 yang kehilangan ibu bapa. Mereka juga bukan di kalangan orang2 susah. Asnaf juga tidak.
Dan anak2 ini adalah anak2 jemaah sendiri. Seorang bapa memiliki lebih dari 10 anak.
20-40 bilangan mereka. Itu baru dari seorang lelaki. Ada ramai ahli jemaah sebenarnya.
Dan inilah anak2 mereka. Ini adalah pusat asuhan anak2 jemaah.
Mungkin hanya seorang dua anak yg betul2 yatim/miskin ditempatkan di sini untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Namun, bagi pengurus dan pengasuh, anak2 yang mereka pelihara memang anak yatim.
Tetapi yatim iman, yatim ilmu. Itu istilah yatim bagi mereka.
Contohnya seperti di link ini Erti yatim yang hakiki

Di bawah ini, dari artikel yang disampaikan oleh Abuya seketika dahulu
(aku perlu dapatkan lebih maklumat mengenai ini),
inilah antara kata2 yang boleh kita gambarkan bahawa anak2 mereka ini sebenarnya mewah kerana penipuan mereka mendapatkan sumbangan dan dana dari individu dan syarikat.


Ahli2 jemaah yang lelaki disarankan berkahwin 4.
Kalau boleh, lagi ramai anak lagi bagus.
Lebih besar bilangan pengikut, lebih kuat pengaruh mereka nanti.
Anak2 kecil ini akan dibesarkan dengan ajaran yang dibuat oleh Abuya.

Terlalu banyak perkara untuk dikongsi namun cukuplah ini sahaja untuk entri kali ini.

Bukan aku secara tiba-tiba menjadi taksub untuk mengetahui kegiatan Arqam,
cuma aku agak marah bila niat baik aku membantu anak2 di RABH rupanya mereka peralatkan untuk kesenangan sendiri. Bukan aku seorang ditipu, malah semua hamba2 Allah yang ikhlas bersedekah kerana kasihankan anak2 ini turut ditipu. Bukan setakat di Malaysia sahaja, ada penyumbang dari luar negara turut memasukkan wang untuk mereka. Menggunakan nama agama untuk mengaut keuntungan dan membiaya 'kos perjuangan' mereka.

Akan ada beberapa komen di bawah entri ini aku pasti.

Silakan menulis apa2 sahaja jika mahu berkongsi dengan masyarakat siapakah sebenarnya mereka. Diharapkan penipuan mereka ini akan dihentikan oleh pihak berkuasa dengan kadar segera.

Ini adalah artikel yang ditulis pada Mac 31, 2011
Al-Arqam masih wujud, gunakan rumah anak-anak yatim

Dua lagi artikel, antara cawangan yang mendapat bantuan besar kerajaan pusat.
Akui seru nama Abuya
Rumah kebajikan paksa anak yatim seru nama 'Abuya'


Sebelum berpisah, anda boleh tonton video2 ini.

Di bawah ini adalah rutin yang anak2 ini perlu buat setiap kali selepas solat.
It seems harmless to me. Just a meditation, I supposed.



Dan ini pula lagu yang selalu dipersembahkan oleh mereka ketika menganjurkan majlis2 amal mereka.
Suara budak perempuan tu memang sedap. Kalah Shila Amzah. Key tinggi okeh!

Di bawah video ini adalah lirik lagu Power Kaabah.





Pasti ada dan telah ada…
Masakan Kaabah tiada power
Sedangkan sabun pun ada power
Power Allah itu di rumahNya



Rumah Allah di Ummul Qura
dialah yang menarik hati
ummat Islam seramai itu
untuk ke Kaabah



Kalau Kaabah tiada power
Hati-hati berbagai bangsa
ditarik ke Mekah dan Madinah
oleh siapa?
Kalau bukan Power Kaabah?



Semuanya datang kepada, Allah dan Rasulullah, Membawa kerinduan kepada Cinta Agung dan Kekasih Junjungan



Tapi mana Allah dan ke mana Rasulullah?
Mereka sudah tiada di sana dan di mana-mana
Baliklah hati Ummat Islam kekosongan
Dari Allah dan Rasul yang dicari tidak bertemu



Yahudi jelas melakukan khianat
Yakni memesongkan hati pengunjung Kaabah
Dari Allah dan Rasul kepada dunia seisinya



Allah dilenyapkan dari Kaabah
Kaabah jadi tiada power
Yang ada mengganti Yahudi dan Wahabi
Rasulullah diputuskan hubungannya dengan Kaabah



Jenuh mencari Nabi akhir zaman itu di kampungnya tiada berjumpa
Yahudi semadikan Nur Muhammad ke bumi tanah tumpah darahnya
Yang hanya ada udara Yahudi
Siapa yang menyedutnya terlupakan Allah
dan Rasul sama sekali



Power Kaabah…
Power Kaabah…
Power Kaabah…



Kini kembali bersama Abuya Al-Fatta At-Tamimi
keluar dari Kaabah berkat lambaian tangan isterinya
(ibu para Ikhwan) kepada Baitullah
Ketika Tawaf Qudum
Keluarnya Power itu bagaikan aliran elektrik
Sumbernya ialah roh Al-Qur’an hidup
Gabungan Roh Aurad Muhammadiah
Yakni Nur Muhammad bersama Roh Imamul Mahdi
Dan Roh Putera Bani Tamim
Itulah dia Power Kaabah
Abuya cetuskan untuk mengangkat Ikhwan menjadi orang Roh
Menjadi peribadi Agung
Ambillah…
Ambillah…
Power Kaabah…



Wahai saudara Rasulullah
Lambaikan tanganmu kearah Kaabah
Roh itu akan menyusup ke hatimu
Untuk disucikan ditingkatkan



Untuk sampai hatimu berubah
Berubah menjadi Kaabah
Maka Allah pun kekal dikenang
dan tidak akan putus lagi



Power Kaabah akan bebaskan Kaabah
Power Kaabah akan satukan Ummat
Power Kaabah akan kembalikan kedaulatan Islam
Menjadi Daulah dan Empayar Islam



Power Kaabah….
Ambillah…Power Kaabah…
Pakailah Power Kaabah…
Gunalah Power Kaabah…


Disclaimer: Beberapa maklumat di sini adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis, perkongsian fakta dari beberapa sumber dan ada maklumat yang masih belum mendapat kepastian, perlu lebih rujukan.

Friday, March 15, 2013

Rumah Amal Buah Hatiku: My side of the story



23hb Februari 2013, sepatutnya aku ke Shah Alam bagi menghadiri konsert sekolah Pia.
Dah sebulan Pia berlatih main angklung. Baju kebaya berwarna pink sudah pun dibeli. 
Itu warna seragam pemain angklung.

Tapi Allah swt punya perancangan yang lain. 

Aku menerima jemputan last minute dari Mar untuk menghadiri majlis sambutan harijadi yang diaturnya untuk anak2 di Rumah Amal Buah Hatiku (RABH), yang sudah beberapa kali aku menolak secara baik.

So, on that day, aku datang dengan ipar dan anak2 ke RABH. 
Tidak aku diberitahu tetamu yang dijemput memakai pakaian berwarna senada. 
Oh, ada warna tema rupanya. Ok...I didn't get the memo. No worries.

Then, aku mula mencari2 kelibat anak2 RABH. Yang mana satu ni? 
Ramainya budak2 kecil.!
Aku bertanya pada salah seorang pengasuh RABH, 
"yang mana anak2 yang tinggal di sini? Yang berbaju biru ni ke?"...

"ye, yang perempuan pakai baju biru, dan lelaki yang pakai jubah putih ni."

Allah...kecilnya anak2 ni. Terlalu kecil untuk dipisahkan dari ibubapa dan keluarga. 
My heart crumbled. Then I started to snap some photos of these cute innocent faces.

Walaupun pelbagai makanan dihidangkan ketika majlis tersebut diadakan, 
tapi rasa bersalah untuk makan terlalu kuat. Setiap suapan seperti dosa. 
Aku terlalu emosional ketika itu. 
Tapi aku jamah juga sedikit bagi menghormati majlis.

Dan selepas aku selesai mengambil gambar, aku duduk di meja bersama ipar. 
Puan Asiah, pengurus RABH datang duduk bersama kami. 
Aku mula bertanya 
"Ustazah...kalau saya nak belikan ayam untuk makan tengahari le katakan, berapa biasanya guna?" 

Dalam kotak fikiran aku, 4 mungkin cukup kot. 
Sebab sebelum aku bertanya soalan ini, aku telah pun bertanya jumlah anak2 kecil yang tinggal di RABH. Ada 26 semuanya. Jadi congakan aku, untuk 26, 4 ekor ayam mungkin cukup.

Ustazah dengan wajah yang lembut menjawab "seekor je pun cukup...."

Aku bertukar pandangan dengan ipar, kami berdua terkedu, tergamam. 
Skill matematik digunakan lagi. Mula mengira nisbah seekor ayam : 26 anak-anak kecil.
"Seekor je ustazah? Mana cukup? Biar betul?"....aku memang spontan. Itu respon aku.
Otak aku mula berfikir komitmen baru. 

Ok, these kids WILL NOT share one whole chicken again. They will eat more. 
They do need more. Anak2 ni perlu nutrisi yang cukup untuk tumbesaran.
Dan tidak aku tahu, ipar aku juga sedang membuat komitmen yang sama.

Aku rasa sangat bersalah kerana tak mengetahui kewujudan rumah amal ini lebih awal.
I wish I knew them earlier. I do. Ya Allah, for days they eat lightly, these kids....hati keibuan aku rasa tercalar. Susahnya nak terima kenyataan ini. Aku selalu memewahkan anak2 dengan makanan yang mahal dan sedap, dan selalu juga mereka membazirkan makanan yg dihidangkan. Serba tak kena. Panas la, pedas lah, sikit lah, banyak sangat lah...ada sahaja yang tak kena. But these kids had no choice. 
They just eat and survive.

Selesai majlis, aku pulang ke rumah dan mula buat photo editing. 
Oh my, I need to share this on facebook.
I must let others know about this. I hope some of my friends could offer good help. 
I don't have many friend,  but I'll try anyway.

Selesai uploaded album dalam facebook. Ini story board aku;

:Anak-anak di sini berusia seawal 2 tahun hingga 7 tahun, ditempatkan di Rumah Amal Buah Hatiku, Seksyen 7 B.B.Bangi.



Mereka ini datang dari keluarga miskin, asnaf zakat, dan separuh daripadanya adalah anak yatim piatu. Ada 26 anak2 kecil dijaga di rumah amal ini.

Menurut kata pengurus, oleh kerana kekurangan dana, hanya seekor ayam dimasak untuk sehari bagi mengalas perut anak2 yang ramai ini untuk hidangan tengahari dan malam. Kadang-kadang mereka hanya dihidangkan nasi dan bebola ikan.

Semoga ada yang sudi menghulurkan apa jua jenis sumbangan ke rumah amal ini supaya anak2 ini dapat menikmati makanan yg berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Susu, gula, beras, milo, minyak, makanan mentah seperti ayam, daging, sayur, buah-buahan. Juga diperlukan lampin pakai buang, ubat gigi, sabun, ubat2an dan sebagainya.

Anda boleh menyalurkan bantuan terus ke alamat:

No.22, Jalan 7/3C Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi, 
Selangor.

atau boleh menderma dalam bentuk wang ringgit ke akaun bank:
Maybank: 562834618936
Nama: Buah Hatiku

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Puan Asiah (pengurus): 017 392-5392.

Semoga sumbangan anda, walaupun sedikit, dapat membantu mereka meneruskan hidup yang serba kekurangan ini."


Ok..itulah ayat yang aku gunakan untuk menarik perhatian teman2 di fb. 
Hari pertama aku lihat pada icon 'share', hanya few sahaja yang berkongsi dan sedikit sahaja yang bertanya. This is not good. Kenapa sikit sangat teman2 yang prihatin? Ok...I should do more. 
They need more help. Then I decided to 'sponsor' the post. Untuk sponsor post, kena buat upfront payment. Ada beberapa pilihan amount bayaran yang diberi.

Aku pilih bayaran yang tertinggi. 
I need to do this right, and at that moment, I guess I'm making the right decision. 

Since that, aku nampak jumlah share meningkat. Tidak terlalu banyak tapi Alhamdulillah, nampaknya berhasil. Namun begitu, agak terkilan juga ketika itu kerana less than 5 of my fb fren shared the album, however their frens are actively sharing it. While monitoring my fb account, suddenly I saw 2 of my friends shared a photo of RABH. It was a collage made from photos of my album. Eh, takde sapa pula minta permission untuk guna my photos? And kenapa kawan aku boleh share photo orang lain tapi tidak album aku. Suddenly rasa nak marah. 

Haihhh....syaitan ni kalau nak mengganggu hati manusia, tak perlu tunggu lama. 
Masa kita nak buat pahala, masa tu la dia nak kita tambah dosa. Namun Allah Maha Kuasa, aku tersedar. Istighfar..istighfar. Zeeda, this is a good thing. You should not be angry. This is exactly what you want.
You want people to know RABH, to help RABH. By any means...as long as it's working, it is a good thing.

Aku nampak her collage dah dikongsi ribuan fbian. Wow..this is great, this is really awesome! 
I'm glad that many see that these kids need help. I'm happy for them.

Orang mula menghantarkan sumbangan, beratus soalan aku perlu jawab mengenai RABH dalam sehari. Dengan tidak sengaja, aku menjadi wakil sukarela RABH, lantikan sendiri..hehe. Ramai berterima kasih pada aku kerana berjaya membuka mata orang ramai tentang kedhaifan RABH. Berkali2 aku katakan, ini semua kerja Allah. Apa yang aku buat, dengan izinNya juga. Bersyukur sahaja kepada Allah kerana dibukakan hati kita untuk membantu anak2 ini. 
Tidak perlu kredit kepada manusia. 

Dalam ketika aku dibanjiri dengan ucapan terima kasih, puji2an (which I resented it, sebab perkara ini akan membawa kepada riak, dan riak membuka pintu neraka, Nauzubillah), ada teman yang terasa. 
Terasa kerana sepatutnya aku kena letak kredit pada usaha mereka juga. Astaghfirullah, aku ada sebab untuk tidak letak kredit kepada teman2, pemahaman aku pada amalan kebajikan, tangan kanan memberi, tangan kiri tidak nampak. Kebajikan yang dirahsiakan lebih besar pahalanya. Jadi aku cuba merahsiakan kebajikan yang dilakukan oleh teman2 supaya pahala mereka lebih banyak. 

Mungkin sesetengah orang menanti recognition bila melakukan sesuatu kebaikan atau kebajikan.
Recognition/acknowledgement dari manusia tidak perlu dan tidak penting. Mungkin sebagai makanan hati, puji-pujian itu buat hati gembira dan bangga. Puji-pujian itu juga menimbulkan riak dalam hati. Itu sebab aku sangat tidak suka dipuji. Cukuplah hanya Allah memberkati amalan aku. Itu yang utama. 
Itu adalah hak yang tidak akan dapat diambil oleh sesiapa.

Disebabkan salah sangka ini, aku hampir kehilangan teman yang sangat aku sayangi. Syaitan memang lahanat. Tak dapat buat kat situ, cuba kat sini, tak dapat buat kat sini, cuba di sana. "A'udzubillahi minna syaitonirrajim.."

Alhamdulillah, sekali lagi Allah pelihara hubungan silaturrahim antara aku dah teman baikku. 
Tapi seperti yang aku katakan diatas, syaitan tak akan berhenti. Gagal tugasnya di sini, dikacau pula guna cara yang lain. Aku dapat pula phone messages dari AJK kawasan perumahan RABH. Pelbagai fitnah cuba ditabur bagi menimbulkan syak di hati aku. Supaya aku berhenti membantu RABH. Terus terang aku katakan, mesej itu pada mulanya berjaya menggoyahkan hati aku. Resah, aku call teman dan minta dia tanyakan sendiri kepada pengurusan RABH, benarkah dakwaan seperti yang dikata. 

Oleh kerana tidak tenang, aku telefon sendiri pengurus, Puan Asiah. 
Aku bertanya kepadanya, samada dakwaan itu benar atau palsu.

Puan Asiah memujuk aku. "Akan ada orang2 yang tidak berpuas hati dengan rezeki anak2 yatim. Biarkanlah." 


Hati aku kembali tenang. Istighfar...istighfar....



Tapi aku kalah juga dengan permainan syaitan. Astaghfirullahalazim. 

Dengan perasaan marah dan kecewa, aku kongsi butiran mesej yang dihantar pada aku di facebook. 

Dan perang fb pun bermula. Ada yang memaki, mengutuk, etc. Ahli jawatankuasa semakin tidak berpuas hati. 4 kali mereka menjemput aku untuk berbincang/berdebat mengenai perkara yang berlaku di fb. Semua jemputan aku tolak.

Mana kan tidak, kali pertama jemputan dibuat, melalui telefon, mereka telahpun berkumpul di RABH seramai paling tidak 30 orang untuk 'berbincang' dengan aku. Wahh...kenapa ramai sangat? Hantar wakil 3 orang tak boleh ke? Ni dah macam cerita P Ramlee, Sumpahan Orang Minyak. Satu kampung menyerang seorang lelaki yang cacat fizikalnya. 

Ehemm...I'm OKU, so aku nampak similarity di situ ok. 
Tambahan pula, kebetulan anak kecil aku demam panas. So, malas aku layan hati panas orang2 kampung. Anak aku demam teruk nanti, bukan mereka yang nak membawa anak aku ke hospital. Bukan mereka yang nak menjaga, tak tidur malam. Aku jugak. 
So...aku tolak pelawaan mereka.


Dah tolak elok2, Puan N (jiran) mula bangkitkan ketidakpuasan hatinya over the phone. 

Aku ni bukan jenis yang penyabar, especially berkenaan hak. Bila Puan N mula mengungkit tilam, beras, bantal, ayam itik, ikan paus yang diberi, aku mula naik angin. Sakit telinga aku dengar bila orang mengungkit sedekah. Nak bagi, bagi je la. Kenapa nak senaraikan kat aku. Aku bukan malaikat pencatat pahala. Aku pun tak ada hak untuk tahu amalan orang lain. Amalan aku sendiri tunggang terbalik, takde masa nak sibuk amalan orang.


Tidak aku ketahui rupanya perbualan/perdebatan melalui telefon itu dipasang dengan pembesar suara. Ramai mendengar Sumpahan Orang Minyak aku. Pelawat yang kebetulan ada di RABH mendengar tempikan aku. Ayat aku masa tu "Jangan panggil saya datang ke sana, atau saya akan malukan AJK depan orang ramai". Yes...I remember my words. And I am not proud of it. 


Kenapa aku nak malukan AJK? Aku tak pernah berniat nak memalukan sesiapa. 

Ayat storyboard aku tak pun merujuk kepada kegagalan komuniti membantu mereka. 

Semua rumah amal di Malaysia ni, mesti duduk berjiran dengan sesiapa. Jiran pasti membantu. 
Tapi bantuan itu tidak cukup. For example, di Bandar Baru Bangi ni ada satu lagi rumah amal, Al Kausar, di Seksyen 4 Tambahan. Majoriti restoran di Bangi ni ada kotak derma mereka. Adakah jiran setempat di Seksyen 4 Tambahan tidak menghulurkan sumbangan pada anak2 ini? 

Saya pasti mereka menderma. 
Tapi, masih tidak mencukupi untuk menanggung pembiayaan sewa rumah, persekolahan, makanan, perubatan, saguhati petugas dan sebagainya. Jadi, untuk mencukupkan, kotak2 derma diletakkan di restoran2 di sekitar Bangi. Malahan bukan sahaja kotak derma rumah amal di sekitar Bangi, aku juga nampak ada rumah amal yg beralamat di Setapak, Klang, Negeri Sembilan dan sebagainya.

Adakah ini menunjukkan kegagalan jiran setempat gagal membantu? No. They just need more. 

Now, look back at my storyboard.


26 anak2 kecil berkongsi seekor ayam. 



Adakah ayat ini menyampaikan maksud 

'kita perlu membina reban ayam di hadapan rumah mereka supaya bekalan ayam tidak putus'


...or membawa maksud 

'mereka perlukan ayam setiap hari untuk hidup. Tanpa ayam, mereka akan kebuluran'


...or mungkinkah ia bermaksud

 'jiran2 makan ayam seekor untuk seorang, tapi anak2 RABH kongsi makan tulang ayam? Dimanakah nilai kemanusiaan?'




Bagi orang yang betul2 faham penyampaian aku, ayat itu bermakna..mereka serba kekurangan.

Sedangkan ayam pun terpaksa dikongsi, bagaimanakan keperluan yang lain? Cukupkah susu mereka, pakaian mereka, buku2 untuk pembelajaran, duit untuk perubatan, cukupkah yang lain?

Sebab itu bila ada individu yang ingin menderma, aku boleh nampak bagaimana mereka mentafsirkan ayat di atas. Ada yang menghulurkan wang pada aku supaya aku boleh belikan lauk pauk yang cukup untuk anak2 ini. Ada juga yang bertanya tentang keperluan semasa yang lain contohnya susu, lampin pakai buang, ubat ubatan dan sebagainya. Juga ada yang datang sendiri dan tengok kekurangan dari kelengkapan yang lain seperti mesin basuh, tv, tilam dan sebagainya. 



Malang sekali ada individu yang menafsirkan, "dah pengurus kata seekor ayam cukup, kenapa nak besar2kan isu?" Juga ada yang mengatakan "jangan samakan keperluan anak2 yatim dengan anak2 yang punya ibubapa." Aku tak tahu nak tafsir macam mana bila terbaca penyataan seperti itu. 


Yang aku kesalkan sekarang ini, cara tafsiran penduduk di kawasan tersebut. 
Masing2 mengungkit ayam yang pernah dibeli, garam lada yang disumbangkan setiap hari. 
Mula mempertikaikan ke mana hasil sumbangan mereka. Ada yang marah kerana ada sebahagian dari hasil sumbangan mereka dikongsi oleh anak2 di satu lagi rumah amal di Kajang, Rumah Amal Peribadi Mulia. Di sini ditempatkan anak2 yang bersekolah. Nanti, bila anak2 di RABH bersedia untuk ke sekolah, mereka juga akan ditempatkan di sana.


Mungkin anak2 di RAPM juga tidak cukup bekalan makanan, jadi mereka berkongsi sama rata. Yang besar juga perlu makan. Perlu nutrisi. Aku tidak nampak kenapa menjadi kesalahan berkongsi rezeki sesama meraka. Aku sendiri meminta Puan Asiah supaya lauk2 dan barang2 yang disumbangkan dikongsi dengan anak2 di sana. Pahala yang diterima oleh penderma tetap sama. Tiada kurangnya. 

Melainkan mereka tidak ikhlas. Atau mengungkit sedekah yang diberi.

Disebabkan kemarahan penduduk setempat pada aku, mereka menghantar surat jemputan berserta ugutan untuk memfailkan saman fitnah. Fitnah apa? Anak2 makan ayam seekor itu fitnah kah? Atau mungkin jika ayat storyboard aku sedikit berbeza, mereka tidak akan menyaman aku?



Perlukah aku tulis, "Anak2 di RABH selalu mendapat bantuan dari penduduk setempat namun jika ada yang sudi menghulurkan sumbangan kepada mereka, amatlah dialu-alukan." Seriously?  Nak aku tulis macam tu untuk meraih perhatian. Kena letak juga ke kredit pada AJK? Kena letak ke kredit pada Ahli Majlis Kajang selaku pengerusi kawasan? 




Excuse moi, kalau kita meletakkan wang dalam tin peminta sedekah, perlukah kita tulis dalam fb;

"Tadi I bagi derma RM1 kat peminta sedekah di LRT Dang Wangi. 
Uolls kalau nak bersedekah, pergi la. I dah buat, uolls tunggu apa lagi. 

Kesian tau, I tengok dia makan nasi kosong takde lauk pun. Sedih. Duck face."


Jadi, sudah2lah mengungkit sedekah yang diberi atau bercadang mengungkit jika janji tak ditepati. Bila bersedekah, berniatlah Lillahi Ta'ala. Jangan bersedekah ala 'mock cheque', nak semua orang tahu, semua wartawan kena publish gambar kita pegang 'mock cheque' untuk dapat recognition.



Terpulang kepada pemahaman anda tentang apa yang aku tulis. I will write more, ini hanya sebahagian dari apa yang terjadi sepanjang 3 minggu ini. Tak perlu komen jika merasakan komen anda hanya untuk menegakkan benang yang basah. Cuba tegakkan benang yang kering dulu kalau boleh. 









Friday, December 21, 2012

Adam Mukhriz Mr. Perfect?

Wah..malam tadi punya episod (68) Adam dan Hawa buat aku very the angry ya know?

Sebab for all this while, Adam Mukhriz tu macam satu karakter lelaki yang amatlah suci.
Seorang lelaki yang setia menunggu cintanya dibalas oleh Ain Hawani, selama 8 tahun.

Walau macam mana teruk pun layanan Ain terhadap Adam Mukhriz (AM),
AM tetap melayan Ain dengan sabar dan berlemah lembut.
Kita yang tengok pun rasa fefeeling tak sudah. Berangan sampai ke langit..hehe.
Dah la hensem mak aih, caring lagik, gentleman gila.

Walaupun kena hambur ayat berbisa dari Ain, Am leh buat2 lawak lagi.
As if her nagging is like music to his ears gitu.
Oleh kerana mata aku dikaburi dengan keromantikan dan kesempurnaan paras rupa AM,
aku jadi meluat gila babi bila ada watak Johan menempek masuk.
Asal ada Johan, aku naik darah (padahal drama je pun..emo!)

Apa yang Johan buat semua tak kena di mata aku.
Apa yang AM buat semuanya ada sebab yg tersendiri.
Macam la Johan tu hidup tak bersebab la kan...bias la ko Zeeda!

So...selama 67 episod of Adam dan Hawa, aku suka Adam Mukhriz.
Takde cacat celanya.

Tapi....bila aku tengok je tadi episod ke 68, hadoi la.....baru terang benderang kepala hotak isi hati aku.
Tu la, lenkali jangan bias.
Dari episod inilah aku mula nampak segala flashback episod2 sebelumnya.
Adam Mukhriz ni seorang yang coward, egois, selfish,

Ok, aku mulakan dengan episod tangkap khalwat, time kena sergah ngan pakcik2 balik surau tu.
Bila Ain suruh AM explain perkara yang sebenar, dia buat2 muka mamai.
Dah la cakap kuang ajo ngan pakcik2 (remember when he answered "ni rumah saya, sukati saya la nak bangun pukul berapa").
Pastu masa kena nikah tu, buat muka lapar tak bukak posa. Konon marah la kan, tapi sebutir haram tak cakap apa2 untuk jaga maruah Ain. Heh...gentleman apanya cenggitu. Kentut la...

Kalau diingat balik babak2 AM kena jerkah ngan Ain, banyak jugak.
Tapi walaupun kena jerkah, muka cool gila.
Kiranya nampak AM ni seorang yang penyabar sesangat la kan..
Masa tu aku pun tengok siap pasang angau rama2.
"Ya haiii...baiknya AM ni, pepasal la Ain leh tak nampak. Sengal betul Ain ni".

Tu pendapat aku masa tu la.

Tapi, bila Ain dah balas cinta AM, dah selamat hilang dara...
baru je Ain soal siasat pasal Dee, terus tak nak calling2 atau sms Ain.
Pe ni? Dah kahwin, dah dapat merasa Ain 4 malam tu je dah terus keluar ego sebesar alam?
Wah..wah...
Gi London tak bagitau Ain. Tak tanya khabar Ain langsung.
Ha..tu la dia, sayang sangat kat Dee tu sampai sanggup abaikan Ain.
Apa salah Ain bila dia nak tahu status sebenar hubungan antara Dee dengan AM?
Jawab la elok...ni jawab macam Ain pulak yang salah.

Mulia benau Dee tu ye?

AM pun satu..dah LAPAN tahun berkahwin dengan Ain,
apsal tak jerkah je Dee yang asyik muncul macam iklan pop-up window tu?
Menempel suruh kita pangkah. Tapi pastu muncul lagi..dan lagi..dan lagi..

Sedangkan kat setting Internet tu pun kita leh letak security to high, dan pasang pop-up blocker,
pehal si AM tak sound direct je kat Dee so pompuan tu leh main jejauh?
Alaaa...lelaki la kan?
Walaupun AM tak suka Dee, tapi asal pompuan tu ada, nak pegang2 tangan, tak pulak nak tarik?
Biar la 5 minit gitu nak rasa kehangatan tangan tu kan..?
DASAR!

Cuba tengok Ain tu. Masa dia sound Johan depan Azie (episod berapa ye?),
ha...tu baru betul2 makan leter. Sampai Johan pun tobat nasuha lepas tu.
Ni tak, bila Dee kata dia sanggup jadi bini no.2, AM boleh cakap "I tak kan curang dengan wife I, ok?"
Apsal tak cakap je "You bukan stok boleh buat bini pun. Public property, semua orang boleh rasa."

Oh ye, lupa pulak Dee ni jenis pendendam kan?
Kalau AM jawab macam tu, nanti Dee buat keje gila, masukkan ubat tidur dalam air,
pastu AM pun minum..then bawak pergi hotel, baringkan atas katil, pastu berselimut berdua,
snap soploh photos, upload dalam Instagram ke, Twitter ke, FB ke..
Ha, then Ain plak tengok gambar tu. Perang dunia, Ain minta cerai, etc..etc..etc...

Apa ke rumit banau ko ni AM weh?
Ni next week nak bagi Johan makan otot nampak..!
Johan tu pun, aku tengok lengannya boleh tahan gak.
Sepanjang AM kat London tu, ada AM tanya khabar Ain?
Buat bodoh taik kucing je kan...?

Itupun Ain hantar sms suruh AM call, nak bagitau something (the good news),
tapi AM boleh plak balas "why?" "can it wait?" "Is it so important that I should know now?"
beria2 tak nak call sedangkan Ain dah tulis "pleasssss"

Why don't you just press the dial button and talk you your wife??
Kalau Dee call ada je masa ko nak menjawab ye!

Lelaki tak sedar diri.
Dah balik M'sia pun bukan nak rushing tengok wife dulu.
Sempat balik rumah, sembang ngan mama, mandi.
Ni macam tak peduli langsung dah ni.

Sapa hantar Ain gi hospital bila dia bleeding? Johan jugak.
Nak balik..Johan gak yang nak tolong hantarkan. Bukannya nak cakap terima kasih ke hapa.
Ni tetiba datang dengan baju ketat nampak otot tu, bajet hensem nak jadi samseng pehei ni?

Ain yang jalan terkepit2, dengan happy seronok nampak AM,
tapi AM tanya soalan macam2 kat Ain macam singa nak makan badak.
Muka bengis bukan main.
Hello cik abang, bini awak tu mengandung, bleeding lagi...sedap mulut je ek nak sound2 Ain macam tu.
Heh..dulu boleh je cakap ngan Ain elok2 sampai suara pun tak berapa dengar, aku terpaksa kuatkan volume laptop nak kasi jelas. Sekarang ni bukan main very the berlagak ye...DASAR!

Dan yang aku sedar sekarang, AM tidak memiliki ciri2 lelaki yang berani.
Time kena tangkap dulu, menikus, salahkan Pak Long yang paksa kahwin.
Time kena sound dengan mama sebab Dee ada waktu kenduri, dia cuba point finger kat Dee.
Time Ain minta AM berterus terang pasal Dee, dia lari nuuu ke London tanpa notis.
Lelaki jenis apakah ini?
Sekarang ni pulak, bila nampak Johan bawakan Ain..dia nak gi lesing mamat tu plak.
Aishhh.....nak jugak salahkan orang lain. Salah sendiri tadak cermin ka? Ego!

Kini aku nampak yang Johan sebenarnya lelaki yang jauh lebih hebat dari AM.
Setia jaga Ain selama lapan tahun tanpa menyentuh Ain pun. Respect!
Lelaki sekarang, mostly lapan hari dah pegang pinggang.
Lapan minggu dah ajak masuk bilik. Lapan bulan..dah bakal jadi bapak.

Satu lagi, bila Johan sedar kesilapan dia...dengan bersungguh2 dia minta maaf pada Ain.
Tak cukup minta maaf face to face, hantar email pulak.
Dan, dia berusaha cari Eja nak minta maaf walaupun tahu Eja meluat gila babi bila nampak muka mamat rebonding ni.

Johan juga minta maaf dengan Maharani Ostolia (mak dia la), minta maaf seikhlas hati pada Azie sebab melukakan hati awek tu. Ha...nampak kan Johan ni sangat gentleman?

Ok..itu sahaja repekan aku untuk episod 68 ini.
Adam Mukhriz boleh blah! Typical man.
Hati pompuan lain (Dee) bukan main jaga. Hati bini ada ko kesah. Duhh..

Oh..sebelum bersurai, baru aku teringat babak Johan pimpin Ain tu.
Ni memang nature lelaki ke apa aku pun tak tau...hospital tu kan ada FOYER.
Buat pa la suruh Ain yg jalan terkepit2 tu...menapak ke tempat parking.
Pi la amik kereta, jemput Ain kat foyer.

Aku teringat cerita sorang member ofis dulu.
Dah nak terberanak sesangat, boleh lak asben dia gi bawak dia pusing2 cari parking kat hospital dulu.
Jadi, dari tempat parking yang amatlah jauhnya...berjalan perlahan dalam kesakitan menahan contraction, takut baby terlambak atas jalan tar tu. Masuk je bilik emergency...terus bersalin. Sib baik sempat sampai, kalau tak..masuk muka depan Harian Metro le esoknya.

Men don't have common sense ke apa?..haihhh